Tuesday, June 14, 2011

Acar Budu

buduuuuuuu !!!

ok. ini merupakan salah satu jelatah.
amatlah disukai oleh orang kampung dari kelantan.
ini kerana, Budu adalah watak utama dalam resipi ini. he he
Makan bersama nasi. Best untuk dinner.

Bahan - bahan :
1 batang Timun
1 ekor ikan (biasenye ikan kembung atau selar kuning)
2 ulas bawang merah
2 biji cili padi
Budu

Cara penyediaan :
1. Timun dikeluarkan isinya ke dalam mangkuk. Toreh saja dengan garfu.
2. Ikan direbus macam biase atau boleh masukkan satu keping asam jawa untuk elakkan bau hanyir.  
    Setelah masak, asingkan isi ikan dari tulang dan letak bersama isi timun tadi.
3. Bawang merah dan cili padi diricik halus dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.
4. Simpan didalam peti sejuk untuk lebih sedap.
5. Apabila mahu dihidangkan, barulah tuang budu ke dalamnya mengikut citarasa anda. Nyummm !!

Sila la cuba. Gomo Kelate Gomo !!

Friday, June 10, 2011

Puding Gula Hangus

tadaaa!!!

al-kisah nye
terasa mahu buat cake. tapi tak de lah pulak oven. 
ngamuk-ngamuk nak oven, so hubby bawak pegi survey. mahal la RM399. mahal yer. so tak jadi la nak beli. then, pada suatu hari terasa nak makan puding gula hangus. tak mau beli kat kedai. nak makan yang mama buat. tapi mama dok jauh. so, terus call mama tanya resipinye. 

pastu mama tanye "ngukuhnyo ado doh ko nak buat tuh?"

saye ngan blur pulang balik soklan "owh puding ni kena kukuuh ko?"

mama jawab "ye la kena kukuuh. beldo baru tok kukuuh"

so, terus saye survey kat internet. jumpe la kat BazarKelantan, hurm agak mahal jugak even murah dari oven. maybe sebab cap Buaya kot. terbantut jap hasrat. lepas tu ade orang bagi green light suroh pergi cari kukusan yang murah dan bole claim. ape lagi, ha ha. misi pencarian dijalan. so, jumep la yang murah RM53.90 cap Kucing. miawwww. kiut.

 my new toy

so, petang semalamnya terus la buat puding. dibantu oleh pemukul telur yang original. har har. tapi yang tak leh nak blah tuh bukan gula hangus tapi gula hangitt. hurmm. sabar je la.

tapi kan saye suke. sedap. puji sendiri la plaks.
sila mencuba ;)

Thursday, June 9, 2011

Ikan masak Asam Pedas


tadaaaa!!!
sowi lame dah tak update blog ni. nilah padahnye dah kalu banyak blog la, fan page la.. he he kononnye. tapi semua dah macam tak terjaga dah. hurmm

ok lah ni nak g tau ni. semalam saye buat pertama kalinya masak asam pedas. tak pernah tau pon. cuma tau makan je. so I search resipi kat internet ni je. but, I folo bahan yang mane ade je kat umah ni. he he. lagi pon sebab ade ikan semayan, so tak tau nak masak ape kan.

dan dengan itu, saye mendapat comment dari "peminat setia" masakan saye. dimana, beliau akan makan ape saja yang saye masak. sedapa atau tidak, itu belakang kira.

antara komennye, terlebih masam. itu saja. antara pujiannya "terrornye ayang masak". uhukkk. hidung I kembang sampai skang beb. so, jap lagi bole tido awal sebab perot kenyang suda. ha ha

dan resipinye saye petik dari My Resipi. Silakan :)

Monday, May 2, 2011

Daging Singgang Kampung

semalam rumah kami ade daging lembu yang mentah lagi segar. ade salah sorang kawan dengan baik hati telah bagi daging ini. ade daging lembu, tulang lembu dan juga t***utt lembu. 2 daripada tersebut bole accept la. yang jenis last tuh saya memang reject lah. dah la saya tak tau macam mana nak masakkannya dan lagi pon tak elok. makhruh bagi kami orang islam.

so, we choose to cook Daging Singgang Kampung. actually ini adalah salah satu kegemaran saya. arwah nenek selalu masak. memang mabelless. mama pon selalu masak jugak. dah lama tak makan. biase kalu kat kampong kami akan guna pressure cooker untuk kasi cepat lembutkan daging. dan ianya mesti lah dibeli dari Rantau Panjang. hikss.

hasilnya..tadaaa!!

Bahan-bahan yang digunakan untuk memasak adalah :
daging lembu yang segar (kami tak makan daging import)
cili kering
garam
gula

Bahan-bahan yang bakal ditumbuk :
bawang merah
bawang putih
halia
lengkuas
lada hitam
lada putih
biji ketumbar

Jom kite masak-masak :
Rebus daging lembu tadi sehingga masak dan lembut (lebihkan air)
Masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi dan biarkan mendidih lama
Akhir sekali masukkan seciput gula (maklum la saya kan orang kelantan)
Garam secukup rasa dan cili kering yang telah dipotong
Biarkan semua bahan tadi beramah-mesra hingga sebati

Slurrppppppp..sile cube ye ;)


notasaya : ini kali pertama saya masak dading singgang, jadi telah terlebih sket lada hitamnya, so pedas dan panas. hiksss. then saye modified sket dengan menambahkan air.


Saturday, April 30, 2011

Ketam Masak Lemak Cili Padi

Salam. Dah berkurun lama tak update blog nih. Sowi dan sori la sangat2. Begitu banyak halangan di pertengahan jalan. Ditambah pula dengan kehilangan kamera jadi tiada la gambar yang memuaskan hati saya. Sob..sobbb..tskk.. ;(

Namun, kali ni dengan bangganya, something got to be revealed. Hu hu.. Atas special order from hubby to eat ketam kuah kuning, dengan niat ikhlas dan gaya main hentam juga disusuli ingat-ingat lupa resipi arwah Mek, so saya berjaya memasak Ketam Masak Lemak Cili Padi. He he he..nama tajuk pon panjang.

tadaaaaaaaaaa!!!
 
Bahan-bahan yang saya gunakan adalah seperti berikut :
2 ekor ketam yang segar dari pasar
satu kotak kecil santan segera
garam
gula
3 asam keping
2 batang serai
 
Bahan yang bakal ditumbuk hingga lumat ialah :
bawang merah
bawang putih (kami suka banyak)
halia
lengkuas
cili padi
seciput beras

Jom masak-masak :
Semua bahan tersebut ditumbuk (tak suka pakai blender)
Panaskan satu kotak santan didalam periuk yang cute dengan nyalaan api yang sederhana
Setelah santan tadi mendidih, masukkan semua bahan yang ditumbuk tadi dan kacau biar sebati
Setelah mendidih, masukkan ketam satu persatu
Masukkan garam dan gula secukupnya (kami tak suka ajinomoto)
Last sekali masukkan serai dan asam keping
Biarkan je semua bahan dalam periuk tersebut mengeratkan silaturrahim antara mereka sehingga kulit ketam bertukar kaler kepada merah
 
So, selamat la mencuba ye. Actually ini kali pertama saya masak lauk ni dan alhamdulillah menjadi. aminn ;)