buduuuuuuu !!!
ok. ini merupakan salah satu jelatah.
amatlah disukai oleh orang kampung dari kelantan.
ini kerana, Budu adalah watak utama dalam resipi ini. he he
Makan bersama nasi. Best untuk dinner.
Bahan - bahan :
1 batang Timun
1 ekor ikan (biasenye ikan kembung atau selar kuning)
2 ulas bawang merah
2 biji cili padi
Budu
Cara penyediaan :
1. Timun dikeluarkan isinya ke dalam mangkuk. Toreh saja dengan garfu.
2. Ikan direbus macam biase atau boleh masukkan satu keping asam jawa untuk elakkan bau hanyir.
Setelah masak, asingkan isi ikan dari tulang dan letak bersama isi timun tadi.
3. Bawang merah dan cili padi diricik halus dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.
4. Simpan didalam peti sejuk untuk lebih sedap.
5. Apabila mahu dihidangkan, barulah tuang budu ke dalamnya mengikut citarasa anda. Nyummm !!
Sila la cuba. Gomo Kelate Gomo !!